Penipu sentiasa mencari cara baru untuk mencuri identiti anda.

Jom tonton filem >>>

Identiti Kedua Bukan Identiti Sebenar 

Linh (bukan nama sebenar) sedang log masuk ke akaun bank melalui komputer peribadinya. Sesuatu yang disangka terjadi, $19,000 telah lesap daripada akaun banknya. Setelah memeriksa dengan mendalam, dia mendapati ada dua transaksi besar yang berasingan yang dinamakan sebagai “pengeluaran pelbagai”. Dia segera menghubungi bank dan menegaskan bahawa dia tidak membuat sebarang pembelian besar seperti itu dan perlu menunggu beberapa hari lagi untuk jawapan sebenar.. Beberapa hari kemudian, dia menghubungi semula bank tersebut. “Maaf puan, betulkah ini awak?” tanya pengurus bank. “Tetapi maklumat peribadi awak tidak sepadan dengan maklumat yang kami ada dalam sistem kami.” Lalu Linh terus memandu ke bank, menunjukkan dokumennya kepada bank, dan cuba untuk membekukan akaunnya. Tetapi penjenayah itu boleh sahaja pergi ke cawangan lain dan membuka akaunnya semula. 

Pencuri identiti menukar maklumat pengesahan untuk akaun termasuk tandatangan, alamat dan nombor telefon yang dipautkan. Mereka memiliki lesen memandu Linh berserta butirannya tetapi tanpa foto, ini sudah membolehkan penjenayah masuk terus ke bank, membuat pengeluaran dan menukar maklumat supaya sesuai dengan kehendak mereka.

Namun, masalah bank dan dana hilang semakin meningkat. Suatu pagi polis muncul di depan rumahnya. "Puan, sila ikut kami ke balai polis." Di balai, Linh menghadapi soal siasat daripada polis dan pemungut hutang berhubung dengan kereta curi dan bayaran tol yang tidak dibayar yang tidak dia ketahui. Mereka memberi satu senarai panjang kereta yang didaftarkan atas namanya. "Adakah anda membeli semua ini?" tanya polis. Seseorang telah mencuri identitinya untuk membeli-belah dan membeli semua kereta menggunakan cek bank.

Mujurlah, penjenayah itu akhirnya ditangkap dan dihukum penjara seumur hidup. Tetapi bagi Linh, pengalaman satu tahun krisis identiti ini memberi kesan emosi sepanjang hayat.

Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa! Namun, dengan mengamalkan dan mengesan bendera merah anda boleh membantu mencegah serangan penipuan dalam talian. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penipuan, pemancingan data dan pencurian identiti di Asia Tenggara, sila layari laman web UNODC.

Source:
https://www.news.com.au/national/crime/horror-journey-after-young-man-had-his-identity-stolen/news-story/c1742c41588e3f8acd8543c9d2a1b803
https://thewest.com.au/business/horror-journey-after-young-man-had-his-identity-stolen-c-6389812

Ketahui lebih lanjut: