Serangan pemancingan data sentiasa berkembang. Berhati-hati!Jadi proaktif! Tambah ilmu anda!

Jom tonton filem >>>

Muslihat Baharu Pemancing Data – Curi Maklumat Daripada Kegembiraan Pelancong

Di Asia Tenggara, laman web rasmi kerajaan sering menjadi subjek skim pemancingan data yang berjaya. Penipu berpura-pura menjadi agensi kerajaan lalu mencuri maklumat peribadi daripada mangsa yang tidak curiga. Salah satu daripada pelbagai skim pemancingan data termasuk menyasarkan pelancong yang terdesak untuk menikmati perjalanan selepas tempoh berkurung tamat akibat pandemik Covid-19.

Semasa pandemik, penjenayah siber berjaya meniru pelbagai jenis dokumen pendaftaran pelancong yang dikendalikan oleh agensi kerajaan untuk mencuri maklumat pengenalan peribadi (PII) pemohon. Mangsa menerima e-mel yang mencurigakan tentang keperluan memuat turun fail daripada pautan berniat jahat untuk menyelesaikan masalah dalam permohonan pas pelancong mereka. Beribu-ribu orang yang memohon untuk memasuki negara dilaporkan menerima e-mel pemancingan data palsu meminta maklumat peribadi.

Selain itu, penyedia perkhidmatan imigresen mengumumkan terdapat beberapa kes penipuan pemancingan data suara yang menyamar sebagai agensi menggunakan nombor telefon antarabangsa untuk menipu pemohon pelancong yang ingin memasuki negara. Selain itu, beberapa laman web aplikasi pelancong didapati mengenakan caj permohonan lebih 20 kali ganda bayaran rasmi.

Terdapat banyak laman web komersial atau peribadi yang menawarkan perkhidmatan imigresen. Perlu diingatkan bahawa ada sesetengah laman web menawarkan perkhidmatan yang sah perlu dibayar oleh pemohon. Namun, ada juga laman web yang lain yang berpotensi menjadi laman web pemancingan data yang akan mencuri wang atau maklumat peribadi anda.

Untuk mengelakkan kejadian tersebut, kita mesti melakukan carian web untuk melihat sama ada terdapat laporan yang dibuat berkenaan laman web tersebut. Kemudian, hubungi pemilik laman web dan pastikan pelayar pengguna dalam keadaan terkini. Berhati-hati dengan laman web yang diiklankan dalam e-mel oleh orang yang tidak dikenali dan jangan berikan maklumat peribadi anda melainkan laman tersebut selamat dan pengguna tahu dengan siapa mereka berurusan. Baca penafian serta terma dan syarat dan, jika anda memilih untuk membayar, gunakan kaedah pembayaran yang dilindungi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penipuan, pemancingan data dan pencurian identiti di Asia Tenggara, sila layari laman web kempen.

Ketahui lebih lanjut: